Wednesday, 25 February 2015
Review product yang saya guna: saya guna pencuci muka ini dari tahun lepas lagi. kulit memang dah putih tapi rerlalu berminyak jadi, kecantikan dan seri wajah selalu tak nampak...yang orang nampak minyak kat muka.Minyak tu oula boleh guna untuk goreng telur mata lembu.. since guna masalah kulit over minyak dpt diatasi. kulit pn jadi cerah semula jadi. jerawat pun macam takut nak tumbuh di atas kulit wajah yang cerah bersih...jerawat segan rasanya nak menempek kat kulit bersih. sampai la ni lah saya guna pencuci muka ini. kita bila dh jumpa yang bagus, teruskan guna buat apa cari yang laian kan. Tapi satu hal yang penting bagi saya bila nak guna skin care, bahan-bahan dalam product tersebut. Oleh kerana crystal whiteing ni keluaran tempatan dan nampak sendiri kulit pemiliknya maka saya menaruh kepercayaan utk menggunakannya. Jadi kepada anda-anda yang mementingkan kebersihan dan kecantikan kulit wajah, cubalah guna crystal whitening clesnser by cik leha ni.
Friday, 20 February 2015
cerita hari ini: Hari ini 20.2 pagi2 lagi dh keluar g putrajaya kerna jadi pembantu kawan buat ahooting praperkahwinan. Alaaaa tukang pegang lampu je macm budak crew drama tu la...hehehe. Dpat ilmu baru dalam dunia pgotograferkan, bagaimana posisi dan letak duduk lampu kamera untuk mendapatkan hasil yang cantik dan menarik. Habis sesi ambil gambar, seblm balik kawan ajak singgah dulu minum, masa beli wafer dan menunggu siap, makcik menjaga kedai tersebut tiba-tiba bertanya, "adik ni cantikkan orang kawin ke?" Aku pandang makcik itu agak terkesima dengan soalan tersebut. Tadi memamg baru lepas shooting utk gambar prewedding, mcm mana makcik ini tau, bisik dalam hati. Masa tu bukan aku bawah bekas makeup pn. Aku tanya makcik tu balik, "kenapa makcik tanya mcm tu?" soalku balik. Sambil makcik tu sapu penatbutter kat wafer yang dah siap, dia jawab "sebab muka adik bersih dan putih, macam buat orang kawin." Aik...muka yang buat org kawin putih ke? "buat org kawin?" aku jadi kurang bijak dgn ayat makcik itu. "itu yang kasi cantik-cantik org kawin tu..." barulah aku faham, maksud makcik tu, yang makeupkan pengantin. Tapi apa kena mengena kulit bersih dan putih berseri dengan makeup pengantin Akutidak pn pakai bedak biarpun nak makeup orang. "ya, makcik, saya ada juga makeup orang." aku mengaku jujur. "Adik pakai apa muka bersih..." Wah dipanggilnya kita adik, senyum dalam hati, kembang dipanggil adik walaupun.... "pakai cuci muka je makcik" jawabku malas bercerita panajang. malas nak menghuraikan pakai barang apa. Aku pn duduk makan wafer dengan member. Selang beberapa minit datang kakak lain kat meja kita orang. Kakak tersebut pemilik kedai minuman, dia sebenarnya lalu je kat meja sambil membebel pasal cuaca panas dan penggunaan sunblok dan tetiba dia berhenti kat sebelah, "kulit awak putih dan bersih, guna apa cuci muka?" Eh, kenapa hari ni asyik tegur muka kita je ni. Pagi tadi masa keluar rumah aku lihat kat cermin biasa je pun. tetiba baru teringat sudah masuk 3 botol pencuci muka cik Leha kita guna.."pencuci muka biasa je, pencuci muka cika leha.." lupa nama barang keluaran cik leha. kakak itu kemudian berlalu dgn kesibukan . Dan seblm tidur aku melihat wajah di cermin sambil bersyukur dengan apa yang aku miliki. dan akan terus guna pencuci muka cik leha, Cristal whiteing
sudah agak lama juga tidak berkarya pada kanvas wajah gadis-gadis. ini la hasilnya. karya dan sentuhan jemariku yang sangat simple buat wanita philipino ini. kulitnya sedikit kering(makeup artis akan tahu kulit sesorng itu kering atau tidak) untuk kulit yang kering disarankan mengguna foundation yg agak moist. Bakn apa utk memberi sedikit lembaban pada kulit. supaya juga tidak lah terasa kulit itu ketat bila ditampal dengan bedak bagaikan. Nak dptkan makeup yg memuaskan dan manisssssss heheheh...rajin-rajinlah scrub muka seminggu sekali, nanti tidak lah bedak nampak kelabu kan.Ini, kulit mati bertempek berkati-kati kat kulit, sapulah segala jenis foundation dan lapislah dengan bedak segala, tetap akan nampak kelabu...manis dan ayu nya kat mana kan kalaua macam itu rupanya. ok bye, penat lah jari menaip.
Tuesday, 17 February 2015
Fesyen itu sedunia...universal. Dalm dunia fesyen sama juga seperti bidang muzik...sejagat. Fesyen tiada peraturan atau garis panduan yang mensabitkan sepenggaya itu bersalah. Nak bergaya ikut apa yang kita nak pakai, warna apa yng kita suka. kalau org tak suka fesyen atau gaya kita, itu masalah dia orng atau pengiat fesyen yang suka mengkritik perihal gaya pakaian atau colour pada baju yang tersarung di badan. Andai setiap apa yang kita pakai nak kena rujuk pada pandangan dan pengkritik fesyen, sama la diri kita ni berada dalam gengaman dia orng. Bagi aku, lantak apa org kata, lantak pi mata yg melihat...asal saje hati kita baik dan tidak menyusahkan hidup orang lain. Nah! siapa yg berani berfesyen seperri ini. key bye. #gayaakuikutsukaaku.
Sunday, 15 February 2015
bicara fesyen. aku bosan dengan gaya t-shirt biasa. Aku mahukan tshirt dan gaya yang berbeza dri yang ada dipasaran. maka lahir shredded tshirt atau tshirt yang berlubang2 bagai dicarik. carikan yang aku design agar nampak trendy dan sedikit sexy mungkin. Itu la gaya yang ingin aku pakai. mungkin bukan hari-hari tapi sesekali bergaya dihujung munggu atau sekadar santai-santai petang. Gaya jalanan yang trendy dan bebas maka terlahir la gaya tshirt yang org kata hanya layak dibuat lap kaki tapi aku peduli apakan..gaya aku, ikut suka aku nak pakai apa. Ada yang akan kata, baju macam ini bagi free pun aku tak nak... ya! Aku pun tak akan bagi free. sekian dengan selera fesyen aku. Pada mereka atau pencinta fesyen, cuba-cuba lah visit page qifalvarez design atau ig @qifalvarezdesign. Fesyen pelik ini hanya mereka yang berani untuk bergaya. Dan baru-baru ini ada artikel tentang fesyen lelaki sekarang yg dilabelkan pelik. yea! Fesyen sememangnya pelik dan fesyen yg dibicarakan itu adalah lahir dari kebosanan aku terhadap tshirt yang bagi aku membosankan. ya, aku tak kisah pun kalau tak ada yang berani menggayakan design yang dilabelkan seperti sarang labah-labah kerana itu adalah selera aku berfesyen. Tiada paksaan untuk sesiapa untuk memakainya atau mengikut selera fesyen aku.
Permulaan yang menyakitkan
Ya...untuk berjaya tidak semuanya bermula dari kemanisan. Banyak yang bermula dari keperitan dan kesakitan dengan pelbagai halangan yang datang. Andai tidak kuat, apa yang dimulakan dan diusahakan, hanya tinggal plan dan impian yang tidak bertapak. Harga sebuah kejayaan itu bukannya murah. Banyak yang perlu dikorbankan untuk memiliknya. Sama seperti pelombong batu permata, untuk mendapatkan sebutir permata yang bernilai jutaan ribu ringgit dipasaran dunia, usaha perlu kuat dan tidak pernah kenal erti lelah dan penat.
Dan blog ini akan membicarakan hal-hal yang berkaitan langsung dengan kehidpan kita seharian. Gaya hidup, suka duka, fashion dan macam-macam lah.
selamat untuk membaca blog ini.
bye muaahhh salam sayang dan jangan pernah takut untuk berubah dan mencuba sesuatu gaya jika itu memberikan kegembiraan kita.
Dan blog ini akan membicarakan hal-hal yang berkaitan langsung dengan kehidpan kita seharian. Gaya hidup, suka duka, fashion dan macam-macam lah.
selamat untuk membaca blog ini.
bye muaahhh salam sayang dan jangan pernah takut untuk berubah dan mencuba sesuatu gaya jika itu memberikan kegembiraan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)