MaTiC memahat satu lagi sejarah buat aku. Dulu aku pernah belajar di sini Aswara dlm bidang penulisan (part time saje pn. Hanya satu sem. Hanya itu yg termampu) Hari ini aku kembali lagi di sini 7/11/2015 sebagai designer pula.(tidak pernah terfikir utk ini sebenarnya..) baju rekaanku yang berlebalkan QAD akan berada di atas stage digayakan oleh 4 finalist mister planet malaysia 2016. syukur alhamdulillah.
Tanpa mesin jahit dan tanpa belajar bidang rekaan ini la hasil kerja kreatif dan bakat yag allah berikan.
Sunday, 15 November 2015
ini fashion show ku yg pertama
Monday, 2 November 2015
perjalanan QAD dengan Mister Universal Ambassador MUA2015) yusuf tony.
QAD dan qif secara peribadinya merasa bangga dengan pencapaian talent bernama yusuf tony. Mungkin cara kebetulan masa mula-mula QAD mencari talent...selalu kena tolak dan tiada siapa yang berminat. qif faham la kot sebab baju QAD tidak serupa baju yg gah di pasaran. QAD wujud pun ikut selera tekak sendiri yg mahukan kelainan. Sehinggahkan yusuf text dan dia ok utk pakai baju QAD. 22 april first photoshoot dengan yusuf. qif bertuah kerana photog otai nak juga photoshoot dengan qif yg bkn siapa-siapa. Yang qif ada hanya minat dan kedegilan dalm fesyen.
photoshoot seterusnya kt rumah qif dengan hanya menggunakan hp. (tiada siapa pun photog yg nak bercollab masa tu) syukur sebb yusuf tetapi jalankan tugas dia sebagai talent newbie masa itu.
qif mungkin bertuah kerna pic baju QAD dgn yusuf sebagai talent yg qif update kat fb mula diperhati oleh pengiat industri fesyen tanah air. Qif kemudia berkejasama dengan photog hebat yang banyak memotretkan wajah-wajah model tanah air dan ratu-ratu malaysia. Mister Razzwil Hassan. Abam Latino yang hensem dan sangat2 baik hati.. Jasamu dikenang. thank you.
QAD mula merangkak perlahan setelah Abg Deegun Rahman memberi peluang menjadi sponsor kepada finalist mister malaysia di mana yusuf salah seorang pesertanya.
sesuatu yang paling manis bagi QAD apabila yusuf dinobatkan sebagai best male model dalam satu event. Glam Elite Award 2015. Lepas kemenang tersebut rezeki yusuf datang lagi dengan pemilihannya untuk mewakili malaysia dalam pertandingan Mister Univesal Ambassador 2015 (MUA2015)yang berlangsung di Surabaya Indonesia 3-13 november 2015.
Terima kasih yusuf tony kerana berani menyarungkan QAD. Semoga kerjaya yusuf dalam fesyen industri terus melakar kejayaan dan berpanjangan. semoga berjaya melakar nama dalam pertandingan MUA2015. Amin