Dalam sidang media DSV yang dia adakan pada 10 feb 2020 dia telah membuat beberapa tuntutan. Diva AA kena buat permohonan maaf atas kata-kata yang telah menyinggung perasaan DSV. Ini telah pun dilakukan oleh Diva AA disidang medianya di depan para wartawan, peguamnya dan orang luar yang sedang menyaksikan live yang dibuat oleh beberapa blogger dan wartawan waktu itu.
Menurut Diva AA, dia mohon maaf secara iklas bukan kerana takut tapi atas rasa kemanusiaan yang masih ada dalam dirinya.
Selain permohonan maaf, Diva AA juga bersetuju menurunkan video dari lama social nya seperti yang dituntu oleh DSV. Ini juga telah disaksikn oleh wartawan yang sedang membuat liputan sidang media tergempar Diva AA.
Ditanya wartawan apakah selepas ini Diva AA akan berbaik-baik semula dengan DSV? Diva AA tidak menolak kemungkin tersebut, katanya dia tidak masalah dengan DSV personal. Kemelut yang berlaku antara dia dan DSV kerana banyak orang yang menyucuk, menambah perisa dalam cerita.
Diva AA juga akur tidak akan mengungkita atau mengulangi lagi segala apa kata-kata yang menyinggung atau menyakitkan hati DSV seperti yang terkandung dalam video yang telah tersebar di alam maya.
Harapan kemelut antar DSV dan Diva AA berakhir dengan baik dan menemui jalan penyelesai selepas ini.
No comments:
Post a Comment